Monday, October 18, 2010

NIAH NATIONAL PARK

Niah National Park a.k.a Taman Negara Niah ni sebenarnya disebabkan oleh sebuah gua yang bernama GUA NIAH. Aku buat trip mengejut ni bersama dengan seorang housemate kerana hari ni merupakan Hari "BESDAY" Ketua Menteri Sarawak.

Dari Bintulu kami drive kereta sewa kesayangan Wira Aeroback QAT ***9. Mengambil masa selama 2 jam dengan merempit di Jalan yang kiri kanan ladang kelapa sawit.


Tepat jam 10.00 pagi kami tiba. Wah.....






Perkara pertama sekali buat ialah menuju ke Pejabat Pentadbiran..








Sebelum nak masuk gua kena daftar terlebih dahulu di pejabat itu dengan bayaran RM10 seorang dan akan dapat tiket ini...Aku orang yang ke 361330 tu.....Tapi kenapa gambar Penyu? Bukan Burung Walit, takpun Kelawar...Hanya mereka sahaja yang tahu...






Lepastu kena lah baca arahan-arahan dahulu...orang-orang tua pesan, bila datang tempat orang kenalah hormat sikit. Jadi luangkanlah sedikit masa baca apa yang patut..






Selepas itu mesti ke jeti untuk menyeberang sungai. Kena caj RM2 untuk dua hala. (Buat duit betul la diorang ni) Tapi takpe...yang penting happy...



Dari jeti nilah kita mulakan ekspedisi eksplorasi Gua Niah...Let's Go !!



Oh kat sini pun ada muzium? Tapi tak boleh masuk la pulak...



Dalam perjalan ini anda mesti dapat baca benda benda seperti ni...menarik jugak..



Peringatan untuk anda....



Ada juga cerita cerita saintifik...



Kamu ingat peta? Lupa? Takpe...tengok je sini



Alamak tak clear la pulak....
Abaikan jelah...kita tengok signboard yang ada arrow je lah..Yang penting kita kena ke Gua Dagang atau Traders Cave dahulu. Kat bawah ni adalah jalan nak ke gua tersebut.



Bila dah masuk dalam gua ni..kalian boleh baca info ni.


Penat ke? Rilex la dulu..amik angin dulu..tapi jangan hisap rokok..bahaya!!! "Katakan taknak pada merokok"

Bila sambung lagi 5 minit trekking baru la sampai ke Great Cave...



Lepas tu nak ke mana plak? Mari kita tengok petunjuk dulu...


OK..kami target ke Painting Cave pula...Dengan itu kami akan dapat lalui Gan Kira dengan Padang Area...
Setelah 30 minit meredah kegelapan gua barulah kami sampai ke Gan Kira. Tapi di mana Padang Area??? Mungkin kat tempat gelap tadi kot...




Kami terus jelajah lagi....dan lagi..dan lagi....
Maka sampailah kami ke Painting Cave dalam masa 10 minit sahaja...








Apa? Nak balik? Oklah..kami ikut arah signboard ni jer...



Tingginye Great Cave ni....



sebelum balik ke jeti kami singgah di Rumah Panjang Patrick Libau untuk melihat tradisional lifestyle...akan tetapi rumah panjang ni semua sudah jadi moden ...Boleh dikatakan setiap penghuni ada 4wheel drive...Menurut penghuni di sini, mereka keluar ke jalan utama mengambil masa selama 1/2 jam dengan kenderaan. Di sini jua dijadikan homestay kepada mereka yang penat meredah gua tadi...





Sebelum pulang, marilah kita mendapatkan sedikit info berkenaan dengan Taman Negara Niah ini...



Sekian sahaja eksplorasi saya...jumpa lagi untuk di lain tempat...

Jika ada sebarang komen, silakan....jangan malu malu..

1 comment: