Saturday, October 9, 2010

DOA HARIAN: MOHON MENDAPAT ILMU YANG BERMANFAAT














Malam tadi saya baru sahaja selesai download kuliah Ustadz Yazid yang bertajuk “Adab dan akhlak penuntut ilmu”. Beliau sangat menekankan tentang doa kepada Allah pada setiap hari dan sentiasa beradab dalam menuntut ilmu.

Walaupun tajuk kuliah ini tentang menuntut ilmu, beliau masih tekankan lagi tentang doa yang dibacakan oleh Nabi seperti dlm post saya yang lepas yang bertajuk “doa selepas subuh”. 

Dalam kuliah beliau ini (bahagian 2: memohon mendapat ilmu yang bermanfaat) saya ingin berkongsi satu doa kerana Ustadz Yazid suruh dihafalkan dan diajarkan doa ini kepada, anak-anak, isteri-isteri, saudara-mara, muslimin dan muslimat. Doa ini bersumberkan daripada hadith sahih riwayat Muslim dan Nasa’i. Untuk mendengar dan mendalami lebih lanjut tentang kuliah ini. Saudara-saudari bolehlah download di (sila klik) atau layari www.kajian.net.

Jika ada sebarang kesilapan atau komen, saya sangat mengalu-alukan.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment