Sunday, October 3, 2010

DOA SELESAI AKAD NIKAH (BERNIKAH)

Assalamualaikum.

Bila cerita pasal nikah kahwin ni..semua orang gembira dan senyum sampai ke telinga, akan tetapi ada juga segelintir yang tidak gembira. Terpulanglah kepada individu itu sendiri. "tepuk dada tanya selera".

Pernikahan adalah sangat dianjurkan oleh agama dan sangat mulia. Kepada mereka yang akan bernikah  pada hari ini, esok, lusa atau tidak berapa lama lagi sangatlah gembira dan pelbagai persiapan dilaksanakan. Isi borang nikah, menghadiri kursus perkahwinan, tempah bunga telur, tempah lembu, pelamin, dan pelbagai lagi.Tidak hairanlah mereka ini berbelanja sakan, betul tak?.

Namun dalam kegembiraan ini, saya sangat berbesar hati untuk berkongsi ilmu dengan bakal pengantin terutamanya si pengantin lelaki. Ilmu ini adalah hanya satu doa yang saya dapati melalui satu ceramah yang disampaikan oleh Uztaz Yazid Jawas dalam audio dauroh kajian ilmiah yang bertajuk “Bingkisan istimewa untuk muslimah” berdasarkan daripada Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam Ibnu Majah.