Monday, August 2, 2010

TRIP TO MIRI

Selepas kami menjelajah di segenap ceruk Bintulu, kami bercadang nak buat trip ke Miri. Kami hanya drive jer dari Bintulu ke Miri. Apa yang akan diceritakan kat "Similajau National Park" nanti, kami pandu dari sana menghala ke Miri. Hanya 2 1/2 jam untuk sampai ke bandar Miri.

Miri menjemput kami dengan bulatan yang menawan...lihat foto nie





Kami tak tahu nak ke mana tapi kami cuba ke PETROLEUM MUSEUM a.k.a MUZIUM PETROLEUM. Huh...susah betul nak ke situ. Aku rasa dah 10 kali cuba mencari jalan. Akhirnya jumpa jugak and perlu pandu ke puncak bukit...Muzium ni terletak di atas bukit. Dah lupa apa nama bukit ni.
   



Semasa sampai, kami terkezuttt!!! Wallawei. Kat puncak bukit ni pun ada oil rig? Oh gosh...replika jer..The Grand Old Lady...hurm..nice name..banyak informasi dan cerita tentang oil rig ni, sejarah petroleum di Malaysia dll.