Monday, October 18, 2010

NIAH NATIONAL PARK

Niah National Park a.k.a Taman Negara Niah ni sebenarnya disebabkan oleh sebuah gua yang bernama GUA NIAH. Aku buat trip mengejut ni bersama dengan seorang housemate kerana hari ni merupakan Hari "BESDAY" Ketua Menteri Sarawak.

Dari Bintulu kami drive kereta sewa kesayangan Wira Aeroback QAT ***9. Mengambil masa selama 2 jam dengan merempit di Jalan yang kiri kanan ladang kelapa sawit.


Tepat jam 10.00 pagi kami tiba. Wah.....






Perkara pertama sekali buat ialah menuju ke Pejabat Pentadbiran..

Saturday, October 9, 2010

DOA HARIAN: MOHON MENDAPAT ILMU YANG BERMANFAAT














Malam tadi saya baru sahaja selesai download kuliah Ustadz Yazid yang bertajuk “Adab dan akhlak penuntut ilmu”. Beliau sangat menekankan tentang doa kepada Allah pada setiap hari dan sentiasa beradab dalam menuntut ilmu.

Walaupun tajuk kuliah ini tentang menuntut ilmu, beliau masih tekankan lagi tentang doa yang dibacakan oleh Nabi seperti dlm post saya yang lepas yang bertajuk “doa selepas subuh”. 

Dalam kuliah beliau ini (bahagian 2: memohon mendapat ilmu yang bermanfaat) saya ingin berkongsi satu doa kerana Ustadz Yazid suruh dihafalkan dan diajarkan doa ini kepada, anak-anak, isteri-isteri, saudara-mara, muslimin dan muslimat. Doa ini bersumberkan daripada hadith sahih riwayat Muslim dan Nasa’i. Untuk mendengar dan mendalami lebih lanjut tentang kuliah ini. Saudara-saudari bolehlah download di (sila klik) atau layari www.kajian.net.

Jika ada sebarang kesilapan atau komen, saya sangat mengalu-alukan.

Wassalam.

Sunday, October 3, 2010

DOA SELESAI AKAD NIKAH (BERNIKAH)

Assalamualaikum.

Bila cerita pasal nikah kahwin ni..semua orang gembira dan senyum sampai ke telinga, akan tetapi ada juga segelintir yang tidak gembira. Terpulanglah kepada individu itu sendiri. "tepuk dada tanya selera".

Pernikahan adalah sangat dianjurkan oleh agama dan sangat mulia. Kepada mereka yang akan bernikah  pada hari ini, esok, lusa atau tidak berapa lama lagi sangatlah gembira dan pelbagai persiapan dilaksanakan. Isi borang nikah, menghadiri kursus perkahwinan, tempah bunga telur, tempah lembu, pelamin, dan pelbagai lagi.Tidak hairanlah mereka ini berbelanja sakan, betul tak?.

Namun dalam kegembiraan ini, saya sangat berbesar hati untuk berkongsi ilmu dengan bakal pengantin terutamanya si pengantin lelaki. Ilmu ini adalah hanya satu doa yang saya dapati melalui satu ceramah yang disampaikan oleh Uztaz Yazid Jawas dalam audio dauroh kajian ilmiah yang bertajuk “Bingkisan istimewa untuk muslimah” berdasarkan daripada Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam Ibnu Majah.