Friday, September 24, 2010

DOA SELEPAS SUBUH

Sebagai seorang muslim yang menganut ajaran Nabi Muhammad S.A.W, maka kita semua wajib untuk bersolat subuh. Kat sini saya nak share satu doa daripada yang Rasulullah selalu baca selepas solat subuh. Saya dapat doa ini bersumberkan dari ceramah (kajian audio) yang disampaikan oleh Ustaz.Yazid Jawas yang di download di www.kajian.net. Doa ini adalah hadith hasan yang diriwayat Imam Ibnu Majah. Wassalam.




Semoga kita semua beriman, berilmu dan beramal.

Thursday, September 16, 2010

FISHING AT PANTAI SABAK'S OCEAN ( 2ND TRIP)

Trip kedua...aku jemput abg ipar and sorang kawan...dan juragan..kemi gerak pagi jam 7...seperti biasa trip kali ni jaku dapat tahu yang sotong sukakan umpan istimewa..hehhe jadi aku sediakanla 2 set pancing sotong....sampai jam 2ptg kami puas hati dengan tangkapan..banyak sotong...alhamdulillah...dan sekor ikan kerapu saiz makan malam guna teknik dasar.



Sotong yang dicandat 



Nilah bot yang kami guna...orang tempatan panggil jeti ni "jeti padang jepun"



Monday, September 13, 2010

FISHING AT PANTAI SABAK'S OCEAN

Selepas tetapkan bot pancing dan "juragan" aku terus siapkan alat pancing dari umah kaka aku. Bagaimanapun aku jumpa 2 kekili je yang elok. Abu Garcia dan Fujitsu..untuk rod, aku hanya guna yang lama je Eupro Hammer jig sri 2-4 PE dan Navy Tuna.





Pada haru tersebut kami ke jeti pada jam 7 pagi selepas sarapan...hanya makan kuih kosu dan teh ais..aku fikir pasal nak elak muntah kat laut jer...hahahhaa



Kami ke tempat kndang sotong untuk cari umpan..pastu ke tempat yang disasarkan...tak bernasib baik..kami ke kandang sotong semula untuk candat sotong la..ape lagi...dengan 4 orang atas bot ni...kami pulang dengan hampa....huhuhuuu

Sunday, August 8, 2010

SIMILAJAU NATIONAL PARK

Kat Bintulu, Sarawak, ada tempat menarik untuk dilawat terutamanya untuk mereka yang suka berkhemah, backpackers atau pencinta alam. Apa yang nak saya ceritakan tentang Similajau National Park ni...Macamane nak gi ke sana? Jika kamu berada di Medan Raya/Jaya..kamu pandu kereta ke Tanjung Kidurong dalam 1/2 jam. Bila sampai kat bulatan tu hendaklah menghala ke Miri atau masuk simpang pukul 3. Jalan ni dikelani juga Jalan Pantai. Dari sini memakan masa selama 15 minit sebelum sampai ke simpang Similajau National Park ke kiri.Taman ini mengucapkan anda dengan papan tanda yang menarik.





Sebelum kamu masuk ke taman ini, kamu akan lihat seni tradisional rasmi sarawak seperti ini..


Monday, August 2, 2010

TRIP TO MIRI

Selepas kami menjelajah di segenap ceruk Bintulu, kami bercadang nak buat trip ke Miri. Kami hanya drive jer dari Bintulu ke Miri. Apa yang akan diceritakan kat "Similajau National Park" nanti, kami pandu dari sana menghala ke Miri. Hanya 2 1/2 jam untuk sampai ke bandar Miri.

Miri menjemput kami dengan bulatan yang menawan...lihat foto nie





Kami tak tahu nak ke mana tapi kami cuba ke PETROLEUM MUSEUM a.k.a MUZIUM PETROLEUM. Huh...susah betul nak ke situ. Aku rasa dah 10 kali cuba mencari jalan. Akhirnya jumpa jugak and perlu pandu ke puncak bukit...Muzium ni terletak di atas bukit. Dah lupa apa nama bukit ni.
   



Semasa sampai, kami terkezuttt!!! Wallawei. Kat puncak bukit ni pun ada oil rig? Oh gosh...replika jer..The Grand Old Lady...hurm..nice name..banyak informasi dan cerita tentang oil rig ni, sejarah petroleum di Malaysia dll.


Sunday, June 27, 2010

FIRST TIME IN BORNEO



Tarikh: 27 June 2010
Masa: 6:53pm
Lokasi: Bintulu, SARAWAK

Yahooo...inilah pertama kali aku kat Borneo. Bukan untuk bercuti tapi untuk kerja...Huh!!! Tensen! LoL... 

Bintulu airport




Ni lah Bintulu (http://www.isarawak.com.my) 


oh tiada ape la nak tulis...next post je lah..


TQ