Selepas kami menjelajah di segenap ceruk Bintulu, kami bercadang nak buat trip ke Miri. Kami hanya drive jer dari Bintulu ke Miri. Apa yang akan diceritakan kat "Similajau National Park" nanti, kami pandu dari sana menghala ke Miri. Hanya 2 1/2 jam untuk sampai ke bandar Miri.
Miri menjemput kami dengan bulatan yang menawan...lihat foto nie
Kami tak tahu nak ke mana tapi kami cuba ke PETROLEUM MUSEUM a.k.a MUZIUM PETROLEUM. Huh...susah betul nak ke situ. Aku rasa dah 10 kali cuba mencari jalan. Akhirnya jumpa jugak and perlu pandu ke puncak bukit...Muzium ni terletak di atas bukit. Dah lupa apa nama bukit ni.
Selepas kami keletihan dengan keindahan tempat ini..kami kemudiannya ke Pusat Kraftangan Miri. Aku lupa amik foto la pusat ni. Tapi aku buleh cakap sikit la..kat sini memang hebat untuk dilawat terutamanya kepada mereka yang nak beli "cederamata".
Sebelum kami pandu balik ke Bintulu, kami singgah kejap kat Taman Awam. Oh tarak papa kat sini, tapi cantik gak la untuk mak bapak hiburkan anak-anak kerana ada kolam renang untuk budak budak.
Kami pandu balik ke Bintulu guna jalan lama. Sepanjang jalan ni, Aku teruja dengan panorama dan boleh liht Rumah Panjang Sarawak yang moden. Pastu kami singgah kat BAtu NIah Food Court tuk segarkan badan...
Ok. Tu je laporan trip singkat ke Miri. Ada komen?
J
No comments:
Post a Comment